Kelas Asas Multimedia & Kolaj

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas multimedia iaitu membuat kolaj. Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah datang sendiri ke pusat internet untuk menghadiri kelas ini. Peserta telah diajarkan cara mencari gambar di Google Images. Selepas itu, peserta diajarkan cara menyimpan gambar-gambar di carian Google Images untuk disimpan ke dalam fail peribadi beliau. Tambahan lagi, peserta turut diajarkan cara mencetak gambr yang telah dipilih dan dimuat turun daripada laman sesawang atas talian. Kelas berjalan dengan baik iaitu bermula pada jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali